Naratif Seni Rupa Malaysia Jilid 2: Reaksi – Strategi Kritikal Baru

Naratif Seni Rupa Malaysia Jilid 2: Reaksi – Strategi Kritikal Baru

Regular price RM45.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per

Naratif Seni Rupa Malaysia Jilid 2: Reaksi – Strategi Kritikal Baru menyorot bagaimana para artis Malaysia memberi respons dan tindakbalas ke atas peristiwa-peristiwa sosio-politik yang berlaku di Malaysia, dan juga terhadap pelbagai bentuk pendekatan dan sikap pengkaryaan seni yang berubah-ubah sepanjang 45 tahun yang lampau.

Dengan menampilkan suara-suara yang kritikal dan penting dalam seni rupa Malaysia sejak dari 70-an sehingga 90-an, sampailah kepada suara-suara generasi artis, penulis dan pengkaji yang lebih muda, jilid ini sedikit sebanyak merakamkan segenap keterdesakan dan keghairahan yang telah mendasari dan mewarnai perkembangan seni rupa kontemporari serta praktis kesenian Malaysia. Jilid ini memuatkan penulisan-penulisan polemical oleh beberapa artis dan kumpulan seni, esei-esei yang pernah diterbitkan dan yang baru dihasilkan khusus untuk penerbitan ini, teks-teks wawancara dengan beberapa artis, dan juga petikan-petikan daripada katalog-katalog pameran yang penting lagi besar pengaruhnya.

Imej-imej hitam-putih dan berwarna yang mendokumentasi lebih daripada 100 buah karya dan peristiwa seni turut menghiasi jilid ini.

 

Format: Paperback
Year published: 2013
Pages: 412
Sub-genre: Non-fiction (Arts and Culture BM)
Imprint: RogueArt
Product weight: 695g


Share this Product