Wanita Rawa Terakhir

Pakka

Skip to product information
1 of 1
Regular price RM30.00 MYR
Regular price Sale price RM30.00 MYR
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.

Professor Dr. Nor Faridah Abdul Manaf adalah professor sastera Inggeris di Jabatan Bahasa dan Sastera Inggeris di AbdulHamid AbuSulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga adalah penulis dwibahasa dan pernah menang beberapa hadiah sastera di bidang penulisan cerpen. Beberapa puisi dan cerpennya pernah terbit di New Zealand, Australia, Filipina, Hong Kong, Iran dan Amerika Syarikat. Dua koleksi puisinya, The Art of Naming: A Muslim Woman's Journey dan Travel Poetry, diterbitkan dalam tahun 2006 dan 2019. Novel ini adalah novel pertama Nor Faridah. Maklumat lain mengenai penulis boleh didapati di norfaridah.com.

 

"Novel Wanita Rawa Terakhir karya Nor Faridah Abdul Manaf membawa mesej penting kepada generasi kini untuk menghargai perjuangan nenek moyang yang sanggup berkorban nyawa dan tanah pusaka demi kelangsungan kegemilangan kehidupan anak cucu di tempat baru pada hari kemudian. Serasi dengan natijah hijrah yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w., semangat hijrah itu menyerlah dengan keberanian menempuh apa jua cabaran kehidupan diterap di dalam novel ini." 

Hasanuddin Md. Isa, Sasterawan dan Sejarawan Pahang.  

"Wanita Rawa Terakhir membelah penggeledahan sejarah salasilah Cempaka kepada Tupin Aishah. Nor Faridah Abdul Manaf memperkenalkan Rawa - rupa, persona dan bagaimana secara khas, wanitanya bertingkah saat berdepan dengan ragam siasah dan magis saka yang saling berbalah. Pengarangnya menyediakan ruang cerita, membaur imaginasi bersama-sama dalil rujukan penelitian tentang Rawa yang dijalankan." 

- Professor Madya Dr. Mawar Safei, Pemenang SEA Write 2018, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Format: Paperback
Year published: 2022
Pages: 102
Imprint: Silverfish Books
Product weight: 190g

  • Free shipping within Peninsula Malaysia. For Sabah, Sarawak and rest-of-world, zone rates will apply. See link to Shipping policy in footer.
  • Packaging: recyclable materials will be used whenever possible.
View full details

INCLUDE A MESSAGE ABOUT YOUR SHIPPING POLICY